Sekarang kita melihat bahawa budaya Web 2.0 berkembang pada kelajuan yang sangat cepat dan sejumlah besar laman Web 2.0 dilancarkan setiap hari. Sebahagian besar daripada kita masih tetap tidak menyedari makna yang sebenarnya dari istilah ini yang diciptakan sebagai web 2.0. Wikipedia mengatakan:
Web 2.0 adalah satu yang revolusi internet, sosial dan perniagaan yang menggunakan teknologi canggih daripada aspek teknikal teknologi tersebut. Konsep inti dari Web 2.0 adalah: Internet digunakan sebagai platform bagi meningkatkan ransangan dan tindak balas rangkaian untuk memanfaatkan kecerdasan kolektif dengan kos yang efektif.
Ketahui lebih lanjut di Wikipedia
1.) Mengandungi aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri dan berfungsi seperti aplikasi pada komputer desktop.
Boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak memerlukan install software pada PC.
Contoh seperti aplikasi javascript, java applets, php dan yang sebagainya. Saya tidak akan membincangkan technicalities dalam hal ni, tapi jika anda membuka apa-apa website seperti YouTube, iTunes dan sebagainya, anda akan dapat melihat aplikasi tersebut
berfungsi secara real-time.
2.) User-generated content (interactivity): Membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen, menulis artikel dan sebagaimana seperti yang ada pada blog, forum, Friendster, MySpace, Squidoo dan sebagainya. Jika dalam web 1.0, penggunjung hanya membaca artikel pada website, dalam web 2.0, penggunjung juga boleh menjadi subscriber dan contributor. Juga termasuk platform photo-sharing seperti Flickr dan video-sharing seperti YouTube, GoogleVideo.
3.) Membolehkan pengguna berkait antara satu sama lain. Platform yang boleh digunakan termasuklah MyBlogLog,
untuk blogs, atau add-a-friend seperti pada Friendster atau MySpace. Berbeza dengan link biasa, pengkaitan adalah interactive dan dalam contoh MyBlogLog, membolehkan pengguna mengisi maklumat peribadi dan melihat perkaitan atau pertalian diantara dia dan pengguna-pengguna lain.
4.) Penggunaan RSS feed dan RSS reader pada web site atau blog. Boleh memberi instant maklumat kepada pengunjung bila sesebuah site di update. Pengunjung tidak perlu lagi taip URL dan memeriksa sesebuah website setiap hari kalau-kalau pemilik site tersebut ada menulis artikel baru.
5.) Penggunaan skrip Open Source (OS), sama ada secara keseluruhannya atau separa-OS. Skrip pada wordpress.org, wiki, mozilla, sourceforge dan sebagainya.
6.) Penggunaan Folksonomy seperti tagging, tag clouds dan sebagainya untuk memberi kategori kepada webpage, links dan photos.
7.) User-friendly interface. Tidak seperti web 1.0 yang selalunya tidak berapa user-friendly, Web 2.0 sites memudahkan sesiapa saja menggunakannya kerana ia merangkumi ciri-ciri WYSIWYG (what you see is what you get). Tengoklah Friendster – nak bina Friendster site begitu mudah untuk beginner!
8.) Clean layout. Easy navigation. Tidak complicated.
Baca sepenuhnya disini
Ciri-ciri web 2.0
ciri-ciri web 2.0 diatas bukanlah list sepenuhnya dan sebagaimana yang saya tulis diatas, istilah web 2.0 itu sendiri pun tidak dapat dijelaskan sepenuhnya oleh pakar-pakar internet kerana ia agak luas dan ciri-ciri diatas tidak wujud pada masa yang sama tetapi telah evolve pada jangkamasa yang berlainan.
Malah istilah web 2.0 hanya digunakan sejak 2004, dan ada diantara ciri-ciri diatas sudahpun wujud sebelum istilah itu dicipta. Tapi tak apa, yang penting anda faham maksud web 2.0.
Sekarang pula, dengan wujudnya aplikasi-aplikasi baru pada internet, kebanyakkannya akan dilonggok ke dalam istilah web 2.0. Ini menyebabkan istilah web 2.0 disalahgunakan, terutamanya dalam web marketing, untuk menjelaskan apa saja perkara baru dalam internet, walaupun mungkin ia tidak mengandungi ciri-ciri yang disebut diatas.
0 ulasan:
Catat Ulasan